Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia ditutup stabil didorong kenaikan harga minyak
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia ditutup stabil didorong kenaikan harga minyak

Pasaran getah Malaysia ditutup stabil didorong kenaikan harga minyak

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup stabil hari ini, didorong oleh kenaikan dalam penanda aras harga minyak mentah berikutan sentimen telah dirangsang oleh ekonomi China yang semakin baik dan keyakinan baharu mengenai pengurangan kadar faedah global, kata peniaga.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dikekang oleh petunjuk lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan konflik Asia Barat yang berterusan menjejaskan sentimen global.

“Kontrak niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat, dijejaskan oleh permintaan yang tidak menentu dalam keadaan ekonomi yang suram di negara-negara pembeli getah utama, walaupun harga minyak yang tinggi dan kelemahan yen yang memberikan sedikit sokongan kepada pasaran,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak dilaporkan meningkat dalam perdagangan Asia pada Jumaat dan diramal menyaksikan minggu yang sengit selepas petunjuk positif terhadap permintaan bagi pengimport utama China, manakala harapan kepada gencatan senjata bagi konflik Timur Tengah dirasakan tidak mungkin.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) tidak berubah pada 767.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 0.5 sen kepada 725.5 sen sekilogram.

Sementara itu, pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 764.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 724.5 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...