Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Subsidi bahan api, CIMB Investment jangka mula pertengahan Jun 2024
Perniagaan

Subsidi bahan api, CIMB Investment jangka mula pertengahan Jun 2024

Subsidi bahan api, CIMB Investment jangka mula pertengahan Jun 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Mei– CIMB Investment Bank Berhad menjangkakan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api akan bermula seawal pertengahan Jun, tahun ini.

Menurut bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini, unjuran berkenaan sejajar dengan bayangan daripada kerajaan baru-baru ini, bahawa rasionalisasi akan bermula dengan diesel.

“Tarikh pelaksanaan tidak dinyatakan, namunkami difahamkan bahawa pendaftaran untuk sistem \’fleet card’ (diesel bersubsidi) dijadualkanpada bulan depan, jadiJun dijangkakan menjadi tarikh paling awal.\”

\”Memandangkan proses permohonan untuk \’fleet card’ itu, kami menjangkakan pelaksanaan (rasionalisasi)akan dilakukan seawal pertengahan Jun,\” kata bank itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan pada Selasa mengumumkan keputusan kabinet untuk memulakan rasionalisasi subsidi bahan api, bermula dengan diesel.

Bagaimanapun, garis masa pelaksanaannya tidak dinyatakan, sementara menunggu pengumuman daripada kementerian berkaitan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali pada Februari lepas menyatakan rancanganuntukmelaksanakan penyasaran subsidi diesel menjelang Jun 2024.

Menurut Perdana Menteri, penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel itu dianggarkan sebanyak RM4 bilion, bersamaan dengan0.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setahun.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...