Tuesday , 31 December 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sokongan berterusan dan minat pelabur
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sokongan berterusan dan minat pelabur

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sokongan berterusan dan minat pelabur

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sokongan yang berterusan dan minat pelabur yang lebih baik menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama, yang dijangka lebih tinggi daripada anggaran / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sokongan yang berterusan dan minat pelabur yang lebih baik menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama, yang dijangka lebih tinggi daripada anggaran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,612.42.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 172, dengan 333 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 390.30 juta unit bernilai RM111.66 juta.

Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) akan sama-sama mengumumkan KDNK pada suku pertama pada tengah hari ini.

Baru-baru ini, DoSM mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berdasarkan anggaran awal.

Mengenai pasaran ekuiti, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi semalam, percaya masih ada ruang untuk meningkat.

“Kami turut mendapati jumlah dagangan harian semakin bertambah baik dan ini adalah petunjuk positif untuk saham permodalan kecil.

“Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,605-1,620, disokong oleh kecairan yang tinggi,” katanya.

Di pasaran luar negara, Wall Street ditutup rendah walaupun Dow Jones mencecah paras 40,000 berikutan terdapat aktiviti pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.

Dow Jones merosot 39 mata manakala Nasdaq susut 44 mata berikutan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang naik kepada 4.377 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak lebih 300 mata hampir kepada paras 20,000 berikutan keyakinan terhadap dasar sektor hartanah di China yang dilonggarkan baru-baru ini selain harapan Rizab Persekutuan akan menurunkan kadar pada tahun ini.

“Sentimen terus didorong oleh spekulasi mengenai cukai dividen yang mungkin dimansuhkan untuk saham Hong Kong,” katanya, sambil menambah ini mungkin positif untuk pasaran tempatan juga.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH menambah lima sen kepada RM6.26, MISC naik enam sen kepada RM8.30 manakala CelcomDigi, YTL dan CIMB, masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.06, RM3.67 dan RM6.81.

Bagi saham aktif, SNS Network naik setengah sen kepada 51 sen, Sin-Kung Logistics menambah satu sen kepada 15.5 sen manakala Minetech dan MMG, masing-masing tidak berubah pada 13.5 sen dan 30.5 sen manakala SP Setia meningkat 10 sen kepada RM1.63.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.47 mata kepada 12,257.21, Indeks FBMT 100 meningkat 20.88 mata kepada 11,862.49 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 22.88 mata kepada 11,862.49.

Indeks FBM ACE naik 9.99 mata kepada 5,306.77 dan Indeks FBM 70 meningkat 44.41 mata kepada 17,493.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.43 mata kepada 17,618.07, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.07 mata kepada 193.40, Indeks Perladangan susut 2.18 mata kepada 7,406.76 dan Indeks Tenaga berkurangan 1.11 mata kepada 985.73.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...