Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Maybank semak naik unjuran ekonomi kepada 4.7% bagi tahun 2024
Perniagaan

Maybank semak naik unjuran ekonomi kepada 4.7% bagi tahun 2024

Maybank semak naik unjuran ekonomi kepada 4.7% bagi tahun 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Mei– Maybank Investment Bank menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 kepada 4.7 peratus, daripada anggaran terdahulu 4.4 peratus.

Semakan semula itu mengambil kira prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2024 yang mencatat pertumbuhan 4.2 peratus.

Bank pelaburan itu turut menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.1 peratus berbanding 5.0 peratus sebelum ini.

Semakan semula tersebut, berdasarkan jangkaan pengukuhan jumlah modal tetap kasar, prestasi pelaburan swasta dan awam.

Faktor berkenaan turut menyumbang kepada ramalan pertumbuhan lebih kukuh bagi sektor pembinaan serta eksport barangan dan perkhidmatan.

Jangkaan pertumbuhan yang lebih positif juga seiring unjuran perbelanjaan awam dan swasta lebih tinggi unjuran terdahulu.

Ia terutamanya bagi mencerminkan kesan daripada kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13% berkuat kuasa Disember ini.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...