Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan
Perniagaan

Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei– Ringgit dijangka meneruskan aliran rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kemungkinan pada julat RM4.71 hingga RM4.72, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan terarah kepada pengukur inflasi pilihan Rizab Persekutuan AS (Fed) iaitu Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan PCE Teras bagi April.

Beliau berkata selain itu beberapa ceramah oleh pemimpin Fed akan menjelaskan lagi mengenai pendirian monetari Fed.

“Minggu ini, ringgit mengalami beberapa bentuk pembetulan manakala carta teknikal menunjukkan tanda-tanda keadaan terlebih beli yang mengakibatkan aktiviti pengambilan untung berlaku.

“Kami berpendapat peserta pasaran masih berhati-hati mengenai Fed yang tidak melonggarkan pendirian monetari ketat mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata justeru, risiko positif bagi Kadar Dana Fed adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan.

Perkara itu boleh membawa kepada dagangan ringgit pada trajektori yang lemah dalam tempoh terdekat, kata pakar ekonomi itu.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.7100/7130 berbanding dolar AS daripada 4.6865/6890 minggu lepas.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9996/3.0017 daripada 3.0071/0089 minggu lepas namun, turun berbanding pound British kepada 5.9859/9898 daripada 5.9303/9335.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 5.1000/1032 daripada 5.0816/0843 minggu lepas.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.5/294.7 daripada 293.6/294.0 pada Jumaat lepas, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4876/4901 daripada 3.4784/4806.

Mata wang tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.09/8.10 daripada 8.13/8.14 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8373/8507 daripada 12.9390/9516.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...