Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit di kedudukan pertama mengatasi mata wang sembilan negara serantau lain – MOF
Perniagaan

Ringgit di kedudukan pertama mengatasi mata wang sembilan negara serantau lain – MOF

Ringgit di kedudukan pertama mengatasi mata wang sembilan negara serantau lain – MOF

Ringgit berada di kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan bulan ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Ringgit berada di kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan bulan ini.

Pencapaian itu didorong peningkatan nilai mata wang tempatan yang dipacu tindakan bersepadu Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tiga bulan lalu.

MOF memaklumkan, ringgit meningkat 2.0-peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dari 26 Februari hingga 17 Mei tahun ini.

Manakala dolar Singapura, yuan China, rupee India dan baht Thailand masing-masing susut -0.2 peratus, -0.4 peratus, -0.7 peratus dan 1.0 peratus.

\”Strategi bersepadu Kerajaan MADANI membolehkan ringgit mengukuh dengan purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat kepada US$17.6 bilion (US$1 = RM4.71) dalam tempoh itu,\” kata MOF menerusi kenyataan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menggalakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membawa pulang pendapatan langsung asing dan meningkatkan interaksi dengan pengeskport untuk menukar hasil kepada ringgit.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...