Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Malaysia Capai Pertumbuhan KDNK 3.6 Peratus Pada 2023 Meskipun Cabaran Global – Jabatan Perangkaan
Ekonomi

Malaysia Capai Pertumbuhan KDNK 3.6 Peratus Pada 2023 Meskipun Cabaran Global – Jabatan Perangkaan

Malaysia Capai Pertumbuhan KDNK 3.6 Peratus Pada 2023 Meskipun Cabaran Global – Jabatan Perangkaan

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

PUTRAJAYA, 2 Ogos(Livevartha) –Malaysia mempamerkanekonomi yang berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 3.6 peratus pada2023.

Pertumbuhan ini dicapai dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar termasuk ketegangan geopolitik yang mempengaruhi pasaran global, kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan harga komoditi.

“Sektor perkhidmatan menyumbang kepada pertumbuhan ini dengan prestasi kukuh sebanyak 5.1 peratus, mengimbangi pertumbuhan sederhana sektor pembuatan sebanyak 0.7 peratus disebabkan oleh cabaran ekonomi global, termasuk gangguan rantai bekalan dan ketidakstabilan harga komoditi,” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkataMalaysia mencatatkankedatangan pelancong yang ketara pada 2023, melonjak kepada 20.1 juta pelancong berbanding 10.1 juta pada 2022, ketika sekatan perjalanan global lebih ketat disebabkan pandemik.

“Pelancongan domestik juga meningkat secara mendadak, mencatatkan 213.7 juta pelawat, peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding 2022 (171.6 juta pelawat),” katanya.

Mohd Uzir berkata Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi menarik bagi pelabur global pada2023, didorong oleh prestasi pelaburan yang kukuh

“Aliran masuk modal bukan sahaja mengukuhkan ketahanan ekonomi Malaysia tetapi juga meningkatkan daya saingnya dalam pasaran global.

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkanMalaysia berjaya menarik pelaburan yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada2023, meningkat 23.0 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM267.8 bilion),” katanya.

Beliau berkata walaupun menghadapi persekitaran ekonomi global yang mencabar, perdagangan Malaysia melepasi jumlah RM2 trilion bagi tiga tahun berturut-turut, mencatatkan RM2.64 trilion pada2023, dengan lebihan perdagangan sebanyak RM214.1 bilion.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...