Home Nasional TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat kebersamaan dan perayaan kepada pengguna platform media sosial itu melalui kempen terbaharu #BersamaDiRamadanRaya bemula 23 Februari hingga 14 April depan.

TikTok LIVE dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif musim perayaan itu akan berlangsung selama lapan minggu.

Ia akan merubah platfrom tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu, pengalaman penglibatan lebih menarik serta ganjaran eksklusif kepada kedua-dua pencipta kandungan dan penonton.

\”Untuk meraikan musim perayaan ini, TikTok LIVE telah ditambah baik dengan reka bentuk baharu bertemakan ‘Ramadan dan Raya’ untuk meningkatkan penglibatan dan mendekatkan lagi dengan komuniti.

\”Setiap minggu, platform ini akan memperkenalkan elemen interaktif Ramadan dan raya yang menawarkan pengguna cara baharu untuk turut serta dan berhubung, selain memberi peluang untuk mereka memiliki, memenangi atau membawa pulang barangan eksklusif TikTok LIVE,\” menurut kenyataan itu.

Tema sepanjang kempen lapan minggu itu ialah Refleksi Pra-Ramadan pada minggu 1, Memasak LIVE (minggu 2), Trivia dan Permainan Ramadan (minggu 2), Dekorasi DIY (minggu 4), Hitungan Detik Ketupat Maya (minggu 5), Pertarungan Pakaian Raya (minggu 6), Rumah Terbuka Raya (minggu 7) dan Refleksi Pasca-Raya (minggu 8).

Sementara itu Pengurus Wilayah TikTok LIVE Xiufan Tamer berkata kempen tahun ini membawa kandungan interaktif ke tahap lebih tinggi dengan tema baharu setiap minggu.

Pengguna berpeluang untuk berkongsi keriangan sempena musim perayaan melalui penceritaan, memasak secara langsung, cabaran kreatif atau peluang hadiah eksklusif.

\”Kempen #BersamaDiRamadanRaya dan #SamaSamaLIVE ini akan memastikan ada sesuatu untuk semua orang, selain menjadikan lebih mudah untuk semua rakyat Malaysia menyertai perayaan ini, tidak kira walau di mana mereka berada,\” kata Xiufan Tamer.

Pelancaran kempen itu akan dimulakan dengan persembahan istimewa TikTok LIVE bersama hos selebriti Farhan Mustapha, Ameerais Azhar, Izzue Islam, Shiha Zikir, dan ramai lagi.

Pengisian yang dirancang itu bakal menghidupkan suasana setiap minggu bertema sekali gus menyemarakkan lagi semangat perayaan sepanjang Ramadan dan Syawal.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....