Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niagadengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran, di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.
Pada 8 pagi, unit tempatan itu di paras4.2360/2470 berbanding dolar AS, meningkat daripada penutupan semalam pada 4.2370/2450.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati ketika pelabur menunggu penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) berikutan perkembangan geopolitik global semasa.
“Tumpuan utama pada masa ini adalah mesyuarat dua hari FOMC yang dijadualkan pada 17 Jun.
“Berikutan itu, ringgit dijangka kekal tidak berubah ketika pasaran terus menunggu hasil penilaian terkini Fed mengenai perkembangan semasa,” katanya kepada Livevartha.
Pada sesi awal, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada2.9266/9346 daripada 2.9397/9455 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.7461/7611 daripada 5.7555/7664dan meningkat berbanding euro kepada 4.8926/9053 daripada 4.9077/9170 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya mendatar berbanding mata wang ASEAN lain.