KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air hari ini selepas menjalani rawatan di luar negara.
Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook bertitah pesawat khas Sultan Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pada pukul 7.00 pagi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta pegawai-pegawai Istana Negara.
Menerusi hantaran itu Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda.