Home Nasional Sistem pengesanan beras untuk cegah & kawal manipulasi harga
Nasional

Sistem pengesanan beras untuk cegah & kawal manipulasi harga

Sistem pengesanan beras untuk cegah & kawal manipulasi harga

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak

KUALA LUMPUR, 18 Februari– Sistem pengesanan beras (Rice Tracking System) akan diperkenal bagi mencegah dan mengawal manipulasi harga bekalan beras.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak berkata, aplikasi tersebut berfungsi mengesan pergerakan beras di pasaran secara lebih khusus serta mengenal pasti harga jualan melebihi harga semasa.

“Jadi bila kerajaan sudah beri RM150 juta untuk subsidi pengilang untuk membeli dan kita nak pastikan harga pada RM2.60, ‘Rice Tracking System’ ini kita perkenalkan untuk memastikan bahawa 24 juta kampit beras putih tempatan dalam 10 kilogram ini kita akan ada satu coding pada setiap bungkusan beras itu.

“Bila kita sudah track 24 juta ini, kita tahu pergerakan beras seperti tersekat, di mana tempat jualan paling tinggi dan juga penjualan paling rendah. Kita boleh tahu siapa yang menjual harga yang tinggi daripada apa yang sepatutnya dan juga kita dapat mengawal percampuran beras kalau berlakunya percampuran beras.

“… Sebab kalau harga beras import sekarang ini pada RM2.80 dan tempatan pada RM2.60 ada 0.20 sen beza dan kita tidak mahu mereka beli banyak-banyak dan mereka campurkan. Kita hendak mengelakkan berlakunya manipulasi terhadap beras putih tempatan itu\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....