Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Sambutan Penang Miaohui 2025 bakal tarik 200,000 pengunjung
Nasional

Sambutan Penang Miaohui 2025 bakal tarik 200,000 pengunjung

Sambutan Penang Miaohui 2025 bakal tarik 200,000 pengunjung

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika ditemui pemberita

GEORGE TOWN, 1 Januari – Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2025 hujung bulan ini, Penang Chinese Clan tampil menganjurkan majlis \’Penang Miaohui Light Up\’ di Tapak Warisan UNESCO dekat Taman Armenian dengan 200,000 pengunjung dijangka hadir.

Memasuki edisi ke-26 penganjurannya acara tahunan tersebut telah dimasukkan dalam kalendar pelancongan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, dengan tema \’Penang Lang, Lets Celebrate\’, acara tersebut mempromosikan budaya orang Cina khususnya Pulau Pinang dalam meraikan sambutan tahun baharu Cina, sekali gus mampu mengetengahkan keharmonian masyarakat majmuk dalam meraikannya.

\”Setelah sekian lama dianjurkan ia sudah menjadi satu acara pelancongan yang penting dalam kalendar pelancongan negeri Pulau Pinang. Memang dapat sambutan hingga 200,000 orang yang akan mengunjung pada satu hari iaitu pada tahun ini iaitu adalah pada hari keempat tahun baru Cina iaitu 1 Februari,\” kata Chow Kon Yeow.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Light Up Penang Miao Hui 2025 di Taman Armeniat, di sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying merangkap Ahli Parlimen Tanjung.

Kemuncak sambutan tersebut bermula dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam pada 1 Februari depan.

Pada hari tersebut kesemua 26 persatuan di tapak warisan akan membuka pintu rumah bagi mempelawa pengunjung untuk bersama-sama meraikan budaya dan tradisi kaum Tiong Hua di Pulau Pinang.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...