Sunday , 16 February 2025
Home Nasional SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan

KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah dan Labuan akan menerima rebat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjumlah RM10.2 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mohd Yaakob Jaafar dalam satu kenyataan memaklumkan, pemulangan rebat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah deposit atau bayaran cagaran elektrik akan dikreditkan terus ke dalam akaun pengguna berdaftar secara berperingkat bermula Januari.

\”Rebat ini diberikan kepada pengguna di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024, Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 2024, Peraturan 5(1), yang menyatakan bahawa pihak Sabah Electricity dikehendaki membuat pembayaran faedah sebanyak 2.5 peratus ke atas deposit tunai pada bulan Januari setiap tahun,\” katanya.

Wang cagaran berkenaan dikira bersamaan dengan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.

Sementara itu penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan bil elektrik berbanding wang cagaran sedia ada.

Bagaimanapun sekiranya purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan mereka melalui rebat ke dalam bil elektrik.

\”Pengguna boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi cawangan Sabah Electricity berdekatan atau menghubungi talian perkhidmatan 15444 atau 088-515000.

\”Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Sabah Electricity melalui telefon pintar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Sabah Electricity,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...