Home Nasional Rumah pusaka hangus, sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang
Nasional

Rumah pusaka hangus, sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang

Rumah pusaka hangus, sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 18 Februari-Sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah pusaka berusia hampir 100 tahun yang didiami hangus dalam kebakaran petang tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Mengabang Tengah, di sini melibatkan dua buah rumah separuh kekal.

Ketua Balai Bomba Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Dua, Thoyyibah Taib berkata rumah pertama terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.

Seramai 25 anggota bomba dari dua balai bomba berhampiran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

\”Kebakaran hari ini melibatkan dua buah rumah dan sebuah rumah ada tiga mangsa dan sebuah lagi ada enam mangsa.

\”Walau bagaimanapun daripada kedua-dua buah rumah berkenaan tiada kemalangan jiwa yang kita dapati.

\”Kesukaran kita pada hari ini adalah laluan jalan yang agak sempit dan rumah yang sangat-sangat berdekatan\”, katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....