Thursday , 14 November 2024
Home Nasional RTM aplikasi teknologi AI dalam berita
Nasional

RTM aplikasi teknologi AI dalam berita

RTM aplikasi teknologi AI dalam berita

Teknologi AI digunakan ketika pelaporan berita yang mengalih daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Tamil.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos– Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil pendekatan mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penerbitan berita.

Dalam masa sama, melangkah seiring dengan teknologi semasa.

Jelas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, ia terbukti apabila RTM menyiarkan Laporan Khas Bahasa Melayu dengan mengalih kepada tiga bahasa lain untuk siaran.

Sekali gus memudahkan kaedah penceritaan dalam kandungan berita.

Antaranya melalui Bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.

\”Kita tak boleh lambat..jadi kita kena terus ke depan dan \’team\’ (kumpulan) produksi kita telah bersedia untuk itu.

\”Kita jangan takut teknologi baru apabila kita nampak teknologi baru, bagaimana kita gunakan untuk memperhebatkan persembahan produksi kita..apa yang penonton lihat semalam adalah temu bual di buat dalam Bahasa Melayu, terus sahaja AI mengalih bahasa kepada Tamil dan Mandarin..sudah tentu ada \’gatekeeper\’ (pemantau) untuk tentukan AI buat perkara betul,\” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini.

Dalam pada itu,Penolong Pengarah Seksyen Fasiliti Teknikal, Ahmad Shafiq Mirza Mansor berkata daripada segi nilai tambah dalam penerbitan bahan berita, impak positif dirasai industri penyiaran yang boleh dimanfaatkan pengamal media dengan sebaik mungkin.

\”Apa yang dapat dipastikan sekarang RTM sendiri melalui Berita Ehwal Semasa tidak ketinggalan melalui teknologi AI.. kita bergerak selari dengan teknologi semasa seperti penyiar di luar negara..yang mana kita buat sekarang ini AI daripada satu \’original content\’ (kandungan asal) dalam Bahasa Melayu dan kita proses semula melalui AI melalui kaedah video \’translation\’ (terjemahan), menghasilkan empat lagi \’content\’ (kandungan) yang lain.

\”Kita di sini telah menaikkan satu lagi tahap, sebelum ini kita lebih kepada keperluan untuk penerbitan tetapi kali ini kita memberi satu eksperimen baru dimana hasilnya dapat juga ditonton oleh masyarakat,\” katanya.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...