Home Nasional RM4.2 juta sumbangan JKS 2025 kepada anak-anak asnaf seluruh negara
Nasional

RM4.2 juta sumbangan JKS 2025 kepada anak-anak asnaf seluruh negara

RM4.2 juta sumbangan JKS 2025 kepada anak-anak asnaf seluruh negara

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KAJANG, 21 Februari- Seramai 24,000 pelajar dari keluarga asnaf di seluruh negara menerima manfaat Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025 anjuran Yayasan Taqwa MAIWP dengan jumlah sumbangan keseluruhan RM4.2 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan kepentingan pendidikan dalam membentuk masa depan anak-anak asnaf.

\”Sumbangan ini memberi manfaat kepada 24,000 anak-anak asnaf yang menerima peruntukan. Jumlah yang diterima setiap orang anak-anak asnaf ini sebanyak RM175.

\”Saya rasa bersyukur kerana dapat bertemu dengan ibu bapa dan anak-anak,\” katanyakepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Ke Sekolah di Rumah Pangsa Blok K, di sini.

Selain itu, program ini bukan sekadar bantuan material, tetapi juga dorongan kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dan memberikan sokongan penuh terhadap pendidikan mereka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....