Saturday , 11 January 2025
Home Nasional PM maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib
Nasional

PM maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib

PM maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 25 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum kebimbangan serta pandangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum dan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini dan sebarang keputusan akan pada sesi penggulungan oleh Kementerian Kewangan nanti.

\”…ada dibincangkan beberapa aspek termasuk pandangan daripada Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) dan pandangan daripada beberapa syarikat yang mengusahakan ladang-ladang mengenai beberapa keputusan ataupun pengumuman sewaktu belanjawan ada 18 Oktober lalu.

\”Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai pandangan ini dan sudah pasti beliau akan mengambil kira, dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan nanti oleh pihak Kementerian Kewangan,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mingguan Kementerian Komunikasi yang diadakan di sini.

Pada 22 Oktober lepas SME Malaysia menyuarakan kebimbangan berkenaan dengan alasan cadangan kenaikan gaji minimum dan sumbangan KWSP itu mungkin memberikan tekanan kewangan yang tidak mampu ditanggung oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), terutamanya pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik.

Presiden Kebangsaan SME Malaysia Chin Chee Seong berkata, usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dihargai namun pelaksanaan dasar itu tanpa sokongan tambahan dilihat akan memberi kesan terhadap sektor PKS.

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...