Home Nasional Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM Perak

KUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami kecederaan selepas lori yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 247 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira pada pukul 4.21 pagi.

\”Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar telah digerakkan ke lokasi kejadian. Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis bonded lima tan dan sebuah treler dengan muatan getah.

\”Operasi mengeluarkan pemandu lori berusia 46 tahun bersama seorang kelindan lelaki 15 tahun yang tersepit dijalankan pihak bomba menggunakan rescue tool,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu treler lelaki berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat pada pukul 5.31 pagi.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...