Home Nasional PM akhiri lawatan rasmi di Bahrain, berlepas ke tanah air
Nasional

PM akhiri lawatan rasmi di Bahrain, berlepas ke tanah air

PM akhiri lawatan rasmi di Bahrain, berlepas ke tanah air

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 20 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur hari ini selepas selesai lawatan rasmi ke Manama, Bahrain.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, beliau memaklumkan kunjungan tersebut telah mencapai objektif dalam mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.

\”Alhamdulillah, kunjungan ini telah mencapai objektif dalam mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Bahrain,\” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa atas undangan sebagai tamu negara.

\”Penghargaan saya kepada Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa atas undangan sebagai tamu negara,\” katanya.

Selain itu, beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dalam Persidangan Dialog Intra-Islam (IIDC) yang dianjurkan di bawah naungan Raja Bahrain dan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif merangkap Pengerusi Majlis Hukama\’ Muslimin.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan kelancaran lawatan tersebut.

\”Terima kasih juga buat pasukan kementerian, pihak kedutaan, petugas keselamatan dan rakan media yang melicinkan setiap urusan sepanjang berada di Manama.

\”Insya-Allah kita ketemu lagi,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....