Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Perjanjian JS-SEZ: Impak besar ekonomi Johor
Nasional

Perjanjian JS-SEZ: Impak besar ekonomi Johor

Perjanjian JS-SEZ: Impak besar ekonomi Johor

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi

KLUANG, 4 Januari – Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, di Putrajaya pada 6 Januari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perjanjian antara Malaysia dan Singapura itu akan memberi impak besar kepada ekonomi Johor termasuk industri halal dan pelancongan.

Katanya, penubuhan JS-SEZ juga secara tidak langsung dapat mengubah landskap ekonomi negara.

\”Apabila ada JS-SEZ peluang ekonomi akan lebih cerah, lebih mudah orang Johor dan Singapura berulang alik setiap hari. Yang untungnya bukan orang Johor Bahru sahaja yang untungnya satu Johor yang untung satu Malaysia.

\”Tetapi persoalannya penting ialah adakah kita bangsa Johor bersedia dengan peluang yang bakal merubah ekonomi negara kerana kalau kita tidak bersedia, orang lain yang akan ambil kesempatan,\” kata Onn Hafiz.

Beliau berucap semasa Majlis Perjumpaan Usahawan di hadapan Tapak Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini.

Sebelum ini Perdana Menteri memaklumkan perjanjian yang akan dimeterai bersama kerajaan Singapura mengenai JS-SEZ pada 9 Disember lalu dan ditangguhkan kepada Januari 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penangguhan itu berikutan Perdana Menteri Singapura telah dijangkiti COVID-19.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...