Home Nasional Penjara Terengganu sasar 720 banduan dapat peluang pekerjaan
Nasional

Penjara Terengganu sasar 720 banduan dapat peluang pekerjaan

Penjara Terengganu sasar 720 banduan dapat peluang pekerjaan

Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Nasir Yusof / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 18 Februari-Jabatan Penjara Terengganu menyasarkan 720 banduan terpilih atau prospek memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun ini.

Pengarah Penjara Negeri, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Nasir Yusof berkata kira-kira 410 prospek diberi peluang bekerja dibawah 72 majikan pelbagai bidang.

Daripada jumlah itu 60 peratus atau 246 prospek yang dibebaskan bersama masyarakat itu bekerja di sektor perkhidmatan.

Prospek yang terpilih adalah terdiri kumpulan banduan bakal menjalani hukuman Orang Diparol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun.

\”Sekarang ini untuk majikan yang kita ada, kita dapat pengecualian cukai iaitu cukai atas satu prospek. Kalau tak silap saya RM4,000. Ada peluang yang besar. insya-Allah\”, katanya demikian selepas program sesi libat urus Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu bersama majikan, Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO dan Jabatan Kerja Negeri di Wisma PERKESO di sini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Terengganu, Suhara Mustaffa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....