Home Nasional Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN

BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Baling, Kedah mengambil tindakan terhadap seorang peniaga kedai runcit yang berusia 30-an yang mengenakan syarat terhadap pembelian minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi di Kampung Bukit Tinggi, Baling.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin menerusi kenyataan berkata tindakan diambil hasil aduan orang awam dalam Op Sabur pada Khamis lalu.

Katanya, hasil tindakan Op Sabur itu mendapatiseorang lelaki berusia lewat 20-an bertugas sebagai juruwang premis terbabit telah mengenakan syarat pembelian iaitu pelanggan perlu membeli apa-apa barangan untuk membeli barang kawalan minyak masak peket bersubsidi 1kg sebanyak 1 paket.

Pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen menjualbarang kawalan gula, minyak masak dan tepung gandum.

Pasukan pemeriksaan menemui sebanyak 2,880 kg minyak masak paket 1kg bersubsidi berada dalam simpanan di stor premis tersebut.

Kesemua minyak masak dengan nilai rampasan RM7,200 berkenaan disita untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitumana-mana orang yang menjual apa-apa barang kawalan iaitu minyak masak paket 1kg bersubsidi, mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....