Home Nasional Penganjuran ISDG relevan, capai kesejahteraan sejagat
Nasional

Penganjuran ISDG relevan, capai kesejahteraan sejagat

Penganjuran ISDG relevan, capai kesejahteraan sejagat

Barisan penceramah dan cendekiawan pada ISDG di Langkawi

LANGKAWI, 2 Februari- Penganjuran program \’Islamic Sustainable Development Goals\’ (ISDG) sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang semakin relevan dalam pelbagai bidang untuk mencapai kesejahteraan sejagat seperti digariskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, penganjuran persidangan itu menghimpunkan 28 penceramah dan cendekiawan dari dalam dan luar negara membentangkan pelbagai kerangka kerja berkaitan Islam bermula 1 Februari dan berakhir hari ini.

\”Jadi topik-topik yang kita bincangkan semua daripada 17 topik atau perkara yang digagaskan itu kita bahaskan. Bagaimana Islam menceritakan soal pelaksanaan teori-teori ini dalam kehidupan seharian kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang,\” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian penutup ISDG 2025 di Dewan Persidangan Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Padang Matsirat di sini hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri Naib Canselor Universiti Utara Malaysi (UUM), Profesor Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid.

Sementara itu, Haslinda menyifatkan penganjuran persidangan itu memberi impak besar kepada sektor pelancongan di Langkawi.

Penganjuran ISDG mendapat kerjasama Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF), UUM dan LADA.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...