Home Nasional Penduduk Mukim Rong Chenok bina titi buluh sendiri
Nasional

Penduduk Mukim Rong Chenok bina titi buluh sendiri

Penduduk Mukim Rong Chenok bina titi buluh sendiri

Penduduk Mukim Rong Chenok bina titi buluh sendiri bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir

PASIR MAS, 7 Januari – Penduduk Mukim Rong Chenok di sini mengambil inisiatif membina titi sementara sepanjang 100 meter menggunakan buluh bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir pada 28 November lalu.

Imam muda Masjid Mukim Rong Chenok, Mohd Zahir Johari, berkata titi tersebut dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung sejak 3 Januari lalu dan kini 80 peratus siap.

\”Tujuan utama titi sementara ini adalah untuk menyediakan laluan sementara, terutamanya bagi anak-anak ke sekolah dan guru yang mengajar di kawasan ini. Ia juga membantu penduduk menjalankan aktiviti harian tanpa perlu melalui jalan jauh,\” katanya ketika ditemui RTM.

Dari tinjauan RTM, titi itu dibina bagi merentasi sungai yang dipenuhi rumput tebal dan tidak sesuai dilalui kenderaan termasuk motosikal.

Buluh itu disumbangkan oleh penduduk perkampungan Siam secara percuma, demi kemudahan komuniti setempat.

Katan Zahir, apabila siap, titi tersebut dijangka memendekkan perjalanan yang sebelum ini mengambil masa sehingga satu jam untuk ke sekolah, kebun, dan klinik kesihatan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Rong Chenok, Anwar Yahya, berkata pembinaan titi itu melibatkan penduduk dari pelbagai peringkat umur termasuk lelaki dan wanita.

\”Walaupun titi ini membantu memudahkan perjalanan, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka kerana titi ini hanya sesuai untuk laluan pejalan kaki. Kami berharap jambatan kekal dapat dibina segera demi keselamatan penduduk,\” katanya.

Jambatan yang merentasi Sungai Lemal itu menghubungkan Kampung Chandang, Kampung Joh, Kampung Pok Kelong, Kampung Rong Chenok, Kampung Banggol Kuching, Kampung Mahligai, Kampung Anak Machang, Kampung Hutan Petai, Kampung Jelor dan Kampung Sungai Keladi.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...