Home Nasional Penduduk Dungun gusar, beruk liar serang kanak-kanak
Nasional

Penduduk Dungun gusar, beruk liar serang kanak-kanak

Penduduk Dungun gusar, beruk liar serang kanak-kanak

Kanak-kanak lelaki cedera akibat gigitan dan cakaran seekor beruk liar pada lengan, punggung dan belakang badan pada Ahad lalu

DUNGUN, 25 Februari- Penduduk Taman Madani, Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangkap seekor beruk liar yang berkeliaran dan mencederakan seorang kanak-kanak pada Ahad lalu.

Penduduk, Shafie Abdul Rahman berkata kehadiran haiwan liar itu membimbangkan kerana berpotensi bertindak lebih agresif dan mencederakan lebih ramai mangsa.

\”Kami bimbang terutama apabila kanak-kanak pulang dari sekolah atau ke kelas mengaji. Beruk itu menyerang apabila tiada orang dewasa di sekeliling, menyebabkan kami semakin risau akan keselamatan penduduk,\” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, Muhammad Ammar Hakim Sanusi, 10, cedera akibat gigitan dan cakaran haiwan itu pada lengan, punggung dan belakang badan ketika bersiap untuk ke kelas mengaji berhampiran rumahnya.

Mangsa kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bapa mangsa, Sanusi Butak, 53, berharap pihak berkuasa bertindak segera sebelum lebih ramai menjadi mangsa serangan haiwan berkenaan.

\”Beruk ini sering berkeliaran sejak dua hingga tiga tahun lalu, dipercayai mencari makanan seperti buah-buahan dan tebu di kawasan penanaman kami. Keadaan ini membahayakan penduduk, lebih-lebih lagi kanak-kanak,\” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong berkata pasukan PERHILITAN daerah Dungun telah ke lokasi untuk siasatan selepas menerima laporan pada 7.30 pagi semalam.

Menurutnya, sebuah perangkap telah dipasang di sekitar lokasi kejadian dan pemantauan serta kawalan keselamatan telah dikuat kuasakan.

2502 KT BERUK GIGIT
Perangkap yang dipasang oleh PERHILITAN Terengganu bagi menangkap beruk liar yang menyerang kanak-kanak/RTM

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....