Home Nasional Penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian Sarawak
Nasional

Penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian Sarawak

Penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian Sarawak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Pemberhentian operasi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) hanya akan melibatkan bahagian yang melalui Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu di Sarawak.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam satu kenyataan menjelaskan baki bahagian SSGP akan terus beroperasi seperti biasa dan keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

\”Kajian semula ini mengambil kira cabaran berterusan yang ditimbulkan oleh faktor persekitaran yang menjadi semakin teruk, ia berlaku sejak beberapa tahun lepas dan memberi kesan kepada integriti dan keselamatan kawasan sekitar,\” menurut kenyataan itu.

Petronas berkata ia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa pemberhentian separa itu tidak akan menjejaskan komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dan memenuhi obligasi kontraknya.

Pada masa sama Petronas kekal komited untuk melabur di Sabah dan Sarawak menerusi pembangunan projek berkaitan minyak, gas dan tenaga tambah nilai di kedua-dua negeri itu.

Pada 29 Januari lepas, syarikat minyak dan gas negara itu mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji aktiviti penyahtauliahan aset matang dalam operasi huluan negara termasuk SSGP.

Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, syarikat minyak nasional itu berkata proses itu juga melibatkan penilaian aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...