Home Nasional Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Februari – Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), industri pemeriksaan kenderaan motor dan Akta Anti Diskriminasi Kaum antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan mengenai status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) meminta penjelasan Menteri Pengangkutan mengenai kriteria pemilihan tiga syarikat yang bakal bersaing dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain kedudukan kewangan yang kukuh.

Selain itu, Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jika suatu Akta Anti Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstrimis.

Sementara itu pada sesi soal jawab, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah pembaharuan yang diambil kerajaan supaya pengurusan Lembaga Tabung Haji akan terus cekap, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan jemaah haji dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Turut menarik perhatian, soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) kepada Perdana Menteri mengenai keluasan tanah milik Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik, serta rancangan jangka pendek dan panjang bagi tujuan tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Sidang Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac.-BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....