Home Nasional Papan tanda Mydin terbakar, tiada mangsa terlibat
Nasional

Papan tanda Mydin terbakar, tiada mangsa terlibat

Papan tanda Mydin terbakar, tiada mangsa terlibat

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh memadamkan kebakaran papan tanda Pasar Raya Mydin

IPOH, 16 Februari- Papan tanda di sebuah Pasar Raya Mydin di Meru Raya, di sini terbakar kira-kira 10 peratus, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.32 malam.

\”Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

\”Setibanya di lokasi mendapati kebakaran kira-kira 10 peratus berlaku melibatkan papan tanda di luar bangunan,\” kata Sabarodzi Nor Ahmad.

Kemudian pihak bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....