Home Nasional MUIP peruntuk lebih RM734,000 biayai PTPTN pelajar asnaf
Nasional

MUIP peruntuk lebih RM734,000 biayai PTPTN pelajar asnaf

MUIP peruntuk lebih RM734,000 biayai PTPTN pelajar asnaf

Dr Asmadi Abdul Rahman pada Majlis Penyerahan Pembiayaan PTPTN Anak Asnaf Cemerlang 2024 di Kuantan/Facebook Pusat Kutipan Zakat Pahang

KUANTAN, 23 Februari- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan sebanyak RM734,795 untuk tahun ini bagi membiayai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar asnaf.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata bantuan tersebut diberikan kepada 58 pelajar asnaf berdaftar bawah MUIP yang memperoleh keputusan cemerlang.

\”Tahun ini, Alhamdulillah, RM734,795 telah diperuntukkan untuk 58 penerima. Peningkatan ini membuktikan usaha MUIP dan pihak zakat dalam memperluaskan bantuan pendidikan kepada golongan memerlukan.

\”Secara tidak langsung, ia memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa kekangan kewangan,\” katanya.

Beliau turut memaklumkan jumlah pembiayaan itu meningkat berbanding RM283,082 yang diberikan kepada 33 pelajar pada tahun lalu.

Menurutnya, pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 hingga 3.49 layak menerima pembiayaan sebanyak 70 peratus, manakala pelajar dengan PNGK 3.5 ke atas ditanggung sepenuhnya.

Dr Asmadi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pembiayaan PTPTN Anak Asnaf Cemerlang 2024 di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....