Home Nasional Muhammad Ammar Mukhlis dan Nurul Husna, johan Tilawah Al-Quran negeri Kedah
Nasional

Muhammad Ammar Mukhlis dan Nurul Husna, johan Tilawah Al-Quran negeri Kedah

Muhammad Ammar Mukhlis dan Nurul Husna, johan Tilawah Al-Quran negeri Kedah

Pemberian piala pusingan kepada Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin (foto kiri) dan Nurul Husna Sharif disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

ALOR SETAR, 20 Februari- Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan, Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin 27 tahun dari Kota Setar dinobatkan sebagai Johan Qari Tilawah Al-Quran dan Hafazan, Peringkat Negeri Kedah tahun 1446 Hijrah/2025 Masehi.

Manakala Nurul Husna Sharif, 31 tahun dari daerah Yan, menyandang Johan Qariah pada majlis yang berlangsung di sini, malam tadi.

Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Sementara itu Johan Hafazan Juzuk 1 hingga 30 dan Tafsir kategori lelaki pula disandang , Muhamad Abir Alwi Al Haddad Muhamad, 21 tahun, pelajar Institut Al Quran Darulaman, Alor Setar

Bagi kategori perempuan disandang Nurul Husna Abdul Aziz, 24 tahun merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3, Johor Bahru.

Mereka menerima wang tunai RM10,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian hadiah kemenangan disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kesemua pemenang akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan pada Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan yang berlangsung di Kangar, Perlis pada April depan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....