Home Nasional Malaysia sasar jana AS$5 trilion pasaran halal
Nasional

Malaysia sasar jana AS$5 trilion pasaran halal

Malaysia sasar jana AS trilion pasaran halal

Foto RTM

BUKIT CINA, 30 Oktober-Malaysia menyasarkan pendapatan sebanyak AS$5 trilion dalam pasaran halal menjelang 2030.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia memandangkan pasaran halal negara semakin menunjukkan peningkatan prestasi.

\”Memang industri halal ini industri yang berkembang dengan begitu pesat. Kita ada halal \’master plan\’ juga yang kita sasarkan pada tahun 2030. Insya-Allah AS$ 5 trilion pasaran untuk halal dan pada masa Negeri Melaka menunjukkan prestasi yang baik dari segi industri halal di sini\”,katanya demikian selepas majlis World Halal Excellence Award (WHEA) 2023 di sebuah hotel di Melaka.

Mengulas lanjut jelasnya, industri halal di setiap negeri di Malaysia juga berkembang pesat seiring dengan pembangunan semasa.

Sementara itu,Melaka Halal Hub menerima Anugerah Hab Industri Halal pertama di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, anugerah itu dijangka dapat mencetus lebih banyak idea kepada organisasi mahupun individu untuk mendedikasikan peranan dalam industri halal negara.

\”Pengiktirafan oleh Halal Hub Malaysia dan memberikan satu suntikan kepada semua syarikat yang beroperasi bukan sahaja di Melaka, tapi di seluruh Malaysia yang berlandaskan signifikan halal.

\”Selain untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar di seluruh dunia memandangkan pasaran halal merangkumi lebih 1 billion masyarakat Islam seluruh dunia memerlukan satu sijil halal bagi keyakinan mereka menggunakan bahan-bahan halal ini.

\”Jadi Melaka berterima kasih kepada halal hub dan juga MITI kerana memilih Melaka\”, katanya di sini.

Tambahnya, Melaka Halal Hab menempatkan 130 kilang yang mempunyai pengesahan halal dengan 92 daripadanya merupakan Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...