Home Nasional Lula lancar inisiatif baharu tangani masalah kebuluran dunia
Nasional

Lula lancar inisiatif baharu tangani masalah kebuluran dunia

Lula lancar inisiatif baharu tangani masalah kebuluran dunia

Foto REUTERS

RIO DE JANEIRO, 24 Julai– Presiden Brazil, lula Inacio da Silva akan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menangani masalah kebuluran pada mesyuarat G20 di sini.

Menteri kewangan bagi negara-negara anggota G20 akan berkumpul pada Jumaat dan Sabtu di Rio Janeiro untuk salah satu mesyuarat terakhir sebelum pertemuan G20 yang akan diadakan pada 18-19 November di bandar yang sama.

Inisiatif berkenaan iaitu \’Dunia menentang kebuluran dan kemiskinan bertujuan untuk mengekalkan sumber kewangan bersama-sama untuk memerangi isu kebuluran global mengadaptasi program tempatan yang telah berjaya.

“Melawan ketaksamaan, kelaparan,dan kemiskinan adalah perjuangan yang tidak boleh dilakukan oleh satu negara,” kata Lula kepada wartawan pada Isnin.

“Ia mesti dilakukan oleh semua negara yang yang bersedia untuk mengambil tanggungjawab\”, katanya.

Inisiatif ini merupakan salah satu daripada keutamaan utama Lula sebelum pertemuan G20.

Laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu merangkumi keadaan kebuluran di dunia akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan untuk menggambarkan inisiatif berkenaan.

Ditubuhkan pada tahun 1999, Kumpulan G20 menghimpunkan mesyuarat 19 negara kuasa-kuasa ekonomi terbesar dunia,serta Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika.

Organisasi ini pada mulanya memberi tumpuan kepada isu-isu ekonomi global tetapi semakin kritikal kepada cabaran-cabaran lain yang mendesak pada masa kini.-AFP

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...