Home Nasional Lebih 5,000 meriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025
Nasional

Lebih 5,000 meriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025

Lebih 5,000 meriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025

Lebih 5,000 peminat layang-layang hadir memeriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025 yang berlangsung di Dataran Lok 9, Kuala Perlis / Foto RTM

KUALA PERLIS, 19 Februari – Lebih 5,000 peminat layang-layang hadir memeriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025 yang berlangsung di Dataran Lok 9, di sini.

Fiesta yang julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan hampir 200 peserta dari 42 negara, termasuk Malaysia, China, Argentina, Korea Selatan, Jerman, Sri Lanka, Thailand, dan Amerika Syarikat.

Exco Pelancongan Negeri, Abu Bakar Hamzah berkata fiesta tersebut merupakan pembuka tirai bagi Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, yang akan disambut pada 17 April depan.

Selain itu, ia juga tersenarai antara 56 program utama bagi memeriahkan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis serta Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

“Pelbagai bentuk layang-layang moden serta layang-layang gergasi dari setiap negara dipertontonkan kepada orang ramai sebagai tarikan utama fiesta ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Majlis perasmian Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis telah disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Tambah Abu Bakar, susulan kejayaan fiesta tersebut, Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Festival Layang-Layang ASEAN pada Mei depan, bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN yang bakal disertai 10 negara ASEAN.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....