Home Nasional Lebih 19,000 kompaun dikeluarkan bawah Akta 852- Dzulkefly
Nasional

Lebih 19,000 kompaun dikeluarkan bawah Akta 852- Dzulkefly

Lebih 19,000 kompaun dikeluarkan bawah Akta 852- Dzulkefly

Dzulkefly Ahmad / Foto RTM

SUNGAI BESI, 20 Februari-Sebanyak 19,340 kompaun dikeluarkan terhadap individu atau premis di seluruh negara melibatkan kesalahan bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Kompaun berkenaan dikeluarkan sejak Oktober tahun lalu, hingga Januari 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah kira-kira RM4.8 juta.

\”Sehingga Oktober 2024, jumlah premis yang kita lawati adalah sebanyak 142,158 premis.

\”Operasi yang kita jalankan melibatkan 7,228 premis. Penguatkuasaan pendidikan yang kita lakukan adalah dengan memberi peringatan dan sedikit pencerahan.

\”Sehingga kini, sebanyak 162,229 premis telah dilibatkan dalam program ini yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan saya,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai sebuah operasi penguatkuasaan bersepadu bagi Akta 852 dan Akta Makanan 1983 (Akta 281) di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....