Home Nasional Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain teruja kehadiran Anwar
Nasional

Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain teruja kehadiran Anwar

Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain teruja kehadiran Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama diaspora Malaysia dalam satu Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra

MANAMA, 20 Februari- Rakyat Malaysia yang menetap di Bahrain menyambut baik dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu dalam rangka lawatan rasminya selama tiga hari.

Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain berpeluang bersemuka dan mengajukan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri dalam satu Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama diaspora Malaysia di Bahrain.

Warga Malaysia di Bahrain Datuk Syed Taha Syed Mohamed mengucapkan terima kasih atas kehadiran Perdana Menteri ke negara itu.

\”Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sempat datang ke Bahrain kerana sangat jarang menteri datang untuk mengunjungi Bahrain dari dulu sejak 20 tahun. Jadi kita boleh tahu siapa datang, siapa tak datang,\” katanya.

Bagi warga Malaysia di BahrainNorhani Aida Mohd Nor, sebagai anak Malaysia dia berbangga melihat kibaran bendera negara di bumi Bahrain.

\”Kita nampak bendera Malaysia, apatah lagi Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke sini.

\”Kita rasa bangga, saya rasa satu perasaan yang tidak boleh nak cakap sebagai individu yang menetap di sini. Ini merupakan satu peluang keemasan,\” katanya.

Sementara itu bagi seorang lagi warga Malaysia di Bahrain Wan Zalina Wan Zakwan, dia berpendapat pertemuan bersama Perdana Menteri merupakan peluang berharga.

\”Alhamdulillah kami komuniti di Bahrain berbesar hati dengan kunjungan Perdana Menteri dan beliau sanggup untuk meluangkan masa walaupun sibuk.

\”Beliau juga berkesempatan menjawab soalan kami yang berada di Bahrain ini. Kami sangat gembira,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....