Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Kuala Haji Ibrahim dibangunkan semula sebagai tarikan ekopelancongan desa
Nasional

Kuala Haji Ibrahim dibangunkan semula sebagai tarikan ekopelancongan desa

Kuala Haji Ibrahim dibangunkan semula sebagai tarikan ekopelancongan desa

Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Rashidi Zinol, mengambil inisiatif membangunkan semula Kuala Haji Ibrahim sebagai pusat tarikan ekopelancongan desa di Pulau Pinang / Foto RTM

NIBONG TEBAL, 30 Disember – Selaras dengan Pelan Transformasi Pelancongan Mesra Muslim, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Rashidi Zinol mengambil inisiatif membangunkan semula Kuala Haji Ibrahim sebagai pusat tarikan ekopelancongan desa di Pulau Pinang.

Pengerusi MPBPP, Tan Sri Khalid Ramli berkata usaha tersebut bertujuan meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat setempat khususnya di kawasan Sungai Acheh, sekali gus menjana sumber pendapatan baharu kepada komuniti setempat.

“Projek ini memberi peluang kepada penduduk untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka kerana pelancongan membuka ruang kepada pelbagai kegiatan lain.

\”Ini adalah buah fikiran YB Datuk Rashidi sendiri yang disampaikan kepada MPBPP, dan kami menyambut baik cadangan ini kerana ia selaras dengan Pelan Transformasi Pelancongan Mesra Muslim yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Ekopelancongan dan Pembangunan Sosioekonomi Bumiputera di Kuala Haji Ibrahim, Sungai Acheh, di sini.

Sementara itu, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol memaklumkan projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula dengan pembinaan pasar malam dan tapak penjaja untuk penduduk setempat.

“Pada masa hadapan, kita akan membangunkan chalet di sekitar kawasan kuala bagi membolehkan pelancong menginap dan merasai keunikan lokasi ini.

\”Projek ini diharapkan dapat meningkatkan pendapatan orang tempatan, dengan fokus utama diberikan kepada masyarakat Sungai Acheh,” katanya.

Tambah Rashidi, projek tersebut akan melibatkan 90 peratus penyertaan penduduk tempatan, manakala baki 10 peratus akan melibatkan pihak luar yang memiliki teknologi tinggi untuk membantu meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat Sungai Acheh.

Sebagai permulaan, MPBPP menyampaikan sebuah bot dan 200 unit khemah penjaja kepada penduduk dalam usaha menyokong projek ekopelancongan desa tersebut.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...