Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Kes wartawan Itali ditahan di Iran rumit-Rom
Nasional

Kes wartawan Itali ditahan di Iran rumit-Rom

Kes wartawan Itali ditahan di Iran rumit-Rom

Wartawan Itali, Cecilia Sala / Foto REUTERS

ROM, 29 Disember-Kes seorang wartawan Itali yang ditahan di Iran dianggap rumit, tetapi Rom berharap untuk membawa Cecilia Sala, 29 tahun, pulang dengan segera, kata Menteri Luar Itali pada Sabtu.

Sala, yang bekerja dengan akhbar Il Foglio dan syarikat podcast Chora Media, ditahan di Tehran pada 19 Disember, namun penahanannya hanya diumumkan pada Jumaat.

Menteri Luar, Antonio Tajani, menyatakan beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

\”Ia tidak bergantung kepada kami.

\”Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah yang rumit,\” katanya kepada agensi berita ANSA.

Tajani menyatakan bahawa Sala kini ditempatkan di sel berasingan dengan keadaan yang baik dan Itali akan terus memantau situasi tersebut:

\”Dia dilayan dengan baik,\” kata Tajani.

\”Setakat ini, kami tidak menerima maklum balas negatif\”, katanya.

Beliau juga menambah bahawa alasan rasmi untuk penahanan Sala masih belum jelas, namun berharap peguamnya akan dibenarkan melawatnya tidak lama lagi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada pengesahan rasmi dari pihak Iran mengenai penahanan tersebut, dan Tajani enggan mengulas sama ada ia berkaitan dengan penahanan seorang rakyat Iran di Itali bulan ini atas permintaan Amerika Syarikat.

Menurut Chora Media, Sala yang kini berada di penjara Evin, Tehran, berlepas dari Itali ke Iran pada 12 Disember dengan visa kewartawanan yang sah dan dijadualkan pulang ke Rome pada 20 Disember.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, berkata beliau memantau kes ini dengan teliti untuk memastikan Sala dapat dibawa pulang secepat mungkin dan menggesa media agar menangani isu ini dengan berhati-hati.-REUTERS.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...