Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa
Nasional

Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa

Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa

Foto Hiasan

SETIU, 31 Disember– Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, malam tadi.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8.25 malam di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kemalangan melibatkan kenderaan jenis proton dengan sebuah pacuan empat roda.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Hadiq Haiqal Herman, 23 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang rumahnya di Kampung Rahmat Felda Chalok untuk ke jalan utama.

Sementara itu, mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34 tahun yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu di laluan lurus, tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut.

Mohd Fairul Azwa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan bertugas manakala seorang lagi rakannya Nor Azmi Daud, 46 tahun mengalami kecederaan parah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Pemandu dan penumpang pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...