Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Kampung Baru kekal sebagai hak orang Melayu – Johari Ghani
Nasional

Kampung Baru kekal sebagai hak orang Melayu – Johari Ghani

Kampung Baru kekal sebagai hak orang Melayu – Johari Ghani

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Januari– Status Kampung Baru sebagai hak orang Melayu akan terus dipertahan sejak dianugerah Sultan Selangor Ke-5,125 tahun dahulu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pihaknya komited memastikan kawasan tersebut tetap kekal menjadi kampung Melayu.

Tegasnya, sebarang pembangunan di lokasi warisan itu adalah digalakkan, namun perlu mengambil kira sejarah tanah berkenaan.

\”Saya sentiasa tekankan kepada semua penduduk Kampung Baru, kita hendak pastikan tanah ini kekal di atas tangan orang Melayu serta mana-mana pembangunan di kawasan ini memang kita galakkan tetapi dengan syarat pemaju perlu ambil kira sejarah tanah ini,\”

Terdahulu, lebih 1,000 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sempena Sambutan 125 Tahun Kampung Baru.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...