Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Jumlah pengunjung ke Melaka meningkat kepada 11.25 juta
Nasional

Jumlah pengunjung ke Melaka meningkat kepada 11.25 juta

Jumlah pengunjung ke Melaka meningkat kepada 11.25 juta

Majlis Perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (ICAF) @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai di sini malam tadi/ Foto: FB Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 27 Oktober– Melaka menerima kehadiran kira-kira 11.25 juta pengunjung, setakat September lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata jumlah tersebut meningkat 86.56 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu menerusi penganjuran pelbagai acara ikonik yang mempromosi sektor pelancongan negeri itu.

\”Ini adalah strategi serampang dua mata bagi mempromosi sektor pelancongan negeri seiring dengan usaha merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (ICAF) @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai di sini malam tadi.

Majlis yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Ab Rauf berkata, ICAF 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu merupakan gabungan tiga festival utama iaitu Festival Sungai Melaka, Festival Seni Selat Melaka dan International Folklore Arts Festival.

Katanya, keistimewaan ditampilkan tahun ini adalah persembahan yang menggabungkan beberapa negara dan negeri dalam Malaysia di atas satu pentas.

Tambahnya, persembahan itu mempamerkan seni dan budaya Malaysia dari Melaka, Sabah, Sarawak dan Selangor bersama enam buah negara di bawah International Council Of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) seperti Filipina, Indonesia, Uzbekistan, Thailand dan Korea Selatan.

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...