PETALING JAYA, 5 Januari– Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 5.16 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata, gempa dengan kedalaman 122 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 111 kilometer tenggara dari Davao, Filipina.
Gempa itu berpusat di koordinat 6.5° utara dan 126.7° timur.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.