Home Pasaran ​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot
Pasaran

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Livevartha) –Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorongoleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata pergerakan itu disebabkan data akhir Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan AS, yang mencatatkan 56.8 pada Disember 2024—di bawah unjuran 58.5 dan bacaan pada November sebanyak 58.5.

Katanya DXY turut terjejas oleh laporan yang mencadangkan kemungkinan pengurangan skop tarif era Trump, yang dinafikan segera oleh bakal Presiden AS Donald Trump.

“Ini jelas menunjukkan bahawadalam masa terdekat, sentimen pasaran tertumpu kepada dasar pentadbiran Trump yang akan datang dan potensi impaknya terhadap inflasi, yang akhirnya akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai penurunan kadar faedah padatahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata kenyataan oleh Gabenor FedLisa Cook semalam menggesa kepada pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah seterusnya.

Oleh itu, katanya dolar AS dijangka kekal kukuh, membawa implikasi ringgit yang terus lemah.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah, kecuali berbanding yen Jepun. Ia meningkat kepada 2.8577/8622 daripada 2.8583/8614 semalam.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...