Thursday , 21 November 2024
Home Nasional DUN Sarawak: Wakil rakyat perlu terus pamer sikap profesionalisme- Abang Johari
Nasional

DUN Sarawak: Wakil rakyat perlu terus pamer sikap profesionalisme- Abang Johari

DUN Sarawak: Wakil rakyat perlu terus pamer sikap profesionalisme- Abang Johari

Foto RTM

KUCHING, 20 November-Wakil rakyat di Sarawak harus terus mempamerkan sikap profesionalisme mereka terutama ketika bersidang di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg, beliau berbesar hati melihat wakil-wakil rakyat Sarawak menunjukkan tahap profesionalisme tinggi sepanjang berdebat di persidangan DUN.

Jelasnya, beliau juga melihat wakil rakyat dapat menguruskan masa dengan baik dan sentiasa tepat pada masa walaupun terdapat banyak perkara hendak dibincang dan didebatkan.

Beliau berucap di Majlis GPS Backbenchers Night yang diadakan di Kuching.

Tan Sri Abang Johari turut memuji wakil rakyat yang berdebat mempertahankan kedaulatan Sarawak terutama melibatkan isu seperti sempadan laut Sarawak yang dibangkitkan oleh beberapa wakil rakyat sepanjang persidangan DUN kali ini.

Sementara itu di majlis sama, ADUN Machan, Allen Siden Gramong memohon agar persidangan dapat dipanjangkan agar wakil-wakil rakyat dapat mempunyai lebih masa untuk bertanya soalan dan mendapat jawapan daripada kementerian berkaitan mengenai isu-isu di kawasan mereka.

Tan Sri Johari menyerahkan kepada speaker DUN untuk meneliti permohonan daripada ADUN Machan untuk memanjangkan persidangan DUN Sarawak.

Related Articles

Cukai karbon langkah progresif negara depani cabaran global
Nasional

Cukai karbon langkah progresif negara depani cabaran global

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Wang & Bank Universiti Utara Malaysia (UUM),...

Kejayaan PPPM : Kadar keciciran menurun, enrolmen TVET meningkat
Nasional

Kejayaan PPPM : Kadar keciciran menurun, enrolmen TVET meningkat

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 November – Kadar keciciran murid sekolah menengah menurun secara...

LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja
Nasional

LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 21 November- Sebanyak 38 organisasi dan pemimpin yang menerajui...

Replika al-Quran gergasi jadi tarikan di Gua Musang
Nasional

Replika al-Quran gergasi jadi tarikan di Gua Musang

Foto RTMGUA MUSANG, 21 November – Replika al-Quran gergasi tulisan tangan memaparkan...