Home Nasional Dua pelajar Universiti Seoul lemas ketika mandi air terjun
Nasional

Dua pelajar Universiti Seoul lemas ketika mandi air terjun

Dua pelajar Universiti Seoul lemas ketika mandi air terjun

Pasukan bomba sedang mengangkat mayat Muhammad Danial Danish dan Nor Mukhriz yang maut akibat lemas di Lubuk Kain, Dungun Terengganu/Foto Ihsan Bomba

DUNGUN, 24 Julai – Kegembiraan tujuh sahabatyang sedang bercuti berkelah di kawasan perkelahan, Air Terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun bertukar tragedi selepas dua dari mereka ditemukan lemas kejadian 1 tengahari tadi.

Manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

Mangsa Muhammad Dani Danish Kamal dan Nor Mokhriz Mohamad berusia 20 tahun ditemukan di dasar Air Terjun pada kedalaman kira-kira sepuluh meter pada 1.40 petang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan di Universiti Of Seoul, di Korea, yang berasal dari Kuantan, Pahang datang ke kawasan perkelahan tersebut pada pukul sepuluh pagi.

Menceritakan kejadian itu, rakan mangsa, Mohd Hazid Azhad Mohd Helmi, 20, sebelum kejadian, mereka baru sahajaterjun darisatu tebing yang tinggi ke dalam kawasan air terjun tersebut.

Ketika hendak naik ke darat, secara tiba-tiba dia dan dua mangsatelah ditarik oleh aruske tengah kawasan lubuk menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

Menurut Mohd Hazid Azhad, dia sempat berpaut pada pelampung yang dilemparkan penduduk manakala dua lagi rakannya sudah tidak kelihatan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...