Home Nasional Dua beranak maut motosikal terbabas rempuh lampu jalan
Nasional

Dua beranak maut motosikal terbabas rempuh lampu jalan

Dua beranak maut motosikal terbabas rempuh lampu jalan

Mangsa bersama anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian/ Foto: PDRM

KUANTAN, 23 Julai- Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Zukri Muhammad berkata kejadian kira-kira 8 malam itu turut mengakibatkan isteri dan seorang lagi anak mangsa cedera.

Beliau berkata mangsa dikenali Muhamad Isyam Abdullah Sani, 43, yang juga seorang tukang rumah dan anaknya, Muhammad Aisy Afnan meninggal dunia di tempat kejadian.

\”Hasil siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz bersama isterinya dan dua anak lelaki mereka dalam arah perjalanan dari rumah ibu mentua menghala balik ke rumah sewanya di Taman Bukit Ketupat.

\”Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal dengan baik, terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu jalan,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, isteri mangsa, Munirah Mahmood, 28, dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Umar Affan, 4 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.

Zukri berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...