Home Nasional Curi wang pelanggan, pengurus bank akan didakwa bawah SOSMA
Nasional

Curi wang pelanggan, pengurus bank akan didakwa bawah SOSMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Seorang pengurus bank akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan.

Tertuduh merupakan salah seorang daripada 14 individu yang ditahan dalam beberapa siri serbuan di Perlis dan Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini merupakan kali pertama kesalahan jenayah komersial diambil tindakan di bawah SOSMA.

\”Ini adalah kali pertama yang digunakan olehJSJKdalam kes ini kerana kami mendapati jenayah ini adalah satu sindiket yang terancang.. ia (jenayah) bermula dengan pemalsuan dokumen iaitu IC (kad pengenalan) dan juga penggunaan ahli-ahli dalaman dan ini adalah satu \’organized crime\’ (jenayah terancang) yang boleh dikenakan tindakan di bawah SOSMA,\” katanya menerusi sidang media di sini.

Tambahannya, beliau percaya kegiatan sindiket itu berjaya dilumpuhkan melalui pertuduhan terhadap 10 individu Khamis ini.

Jun lalu, seorang petugas bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang daripada akaun simpanan tetap melibatkan kerugian lebih RM24 juta.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...