Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Anugerah Perhubungan Awam tarik lebih 200 penyertaan
Nasional

Anugerah Perhubungan Awam tarik lebih 200 penyertaan

Anugerah Perhubungan Awam tarik lebih 200 penyertaan

Barisan pemenang Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) kali ke-15 pada tahun lalu/Foto PRCA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) kali ke-16 menarik lebih 200 penyertaan daripada agensi perhubungan awam di seluruh negara menerusi 12 kategori yangdianjurkan oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA).

Ketua Hakim MPRA, Stefanie Braukmann berkata anugerah ini terus menjadi tanda aras kecemerlangan dalam mengiktiraf karya cemerlang dalam industri perhubungan awam melibatkan sektor swasta dan awam, serta institusi pendidikan tinggi.

\”Tahun ini, MPRA telah menerima penyertaan yang sangat tinggi, hampir 200 penyertaan secara keseluruhan. Daripada jumlah itu, lebih daripada 100 penyertaan daripada agensi-agensi perhubungan awam dan pengamal industri yang bertanding dalam kategori tradisional, termasuk kategori yang paling berprestij seperti \’Kempen Terbaik Tahun Ini\’.

\”Ini menunjukkan komitmen kami untuk meraikan peranan penting media dalam membentuk pendapat umum dan meningkatkan standard kewartawanan di Malaysia,\” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada tahun ini, dua kategori baharu diperkenalkan, iaitu Anugerah Media bagi menghargai pencapaian luar biasa dalam media cetak, dalam talian, dan penyiaran.

Pelajar komunikasi juga diberi peluang untuk menyerlahkan bakat muda mereka dalam kategori Persuasive Pen Prize.

Dalam pada itu, sidang Kemuncak PR Malaysia 2024 turut diadakan pada 28 November, dengan tema “Communicating for a Better Malaysia: Reset, Reframe, Reimagine”bertujuan memacu strategi komunikasi untuk membina negara yang lebih kukuh dan bersatu.

Para pemenang anugerah akan diumumkan dalam majlis gala pada 29 November depan.

Pada MPRA tahun lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Kepimpinan Persatuan Perhubungan dan Komunikasi Awam Malaysia (PRCA) 2023.

Ia sebagai penghormatan dan mengiktiraf sumbangan RTM kepada landskap penyiaran negara serta pencapaian cemerlangnya sejak tahun 1946.

Anugerah MPRA sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam kempen perhubungan awam, melibatkan agensi perunding serta pengamal perhubungan awam dalaman.

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...