Saturday , 11 January 2025
Home Nasional AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah
Nasional

AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah

AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Kecerdasan buatan (AI) bukan hanya sekadar alat untuk meningkatkan produktiviti, tetapi juga berupaya memacu pertumbuhan mampan dan inklusif dalam pelbagai sektor dan industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia melihat AI sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing negara melalui penerokaan teknologi itu secara menyeluruh, termasuk di peringkat global.

\”AI adalah kunci ke arah peningkatan produktiviti dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan cara yang belum pernah dibayangkan sebelum ini. Di Malaysia, kami komited sepenuhnya untuk meletakkan diri kami sebagai peneraju serantau dalam bidang AI dan inovasi digital,\” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Pan-Pacific Economic Forum Malaysia 2024 di ibu negara.

Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj turut hadir mencemar duli ke forum tersebut.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bukit Jalil Global Acquisition 1 Ltd (BUJAU), Dr Neil Foo.

Forum bertemakan \”Pelaburan dan AI dalam Dunia Yang Sentiasa Berubah\” anjuran BUJAU itu menampilkan pembentang dalam kalangan syarikat global merentas pelbagai sektor.

Fadillah turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pelabur baharu sebagai rakan kongsi dalam menerokai peluang ekonomi berasaskan AI.

Beliau turut menggesa bank-bank global, pakar teknologi, dan pelabur yang hadir di forum tersebut untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...