Home Nasional 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran akaun Fleksibel
Nasional

3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran akaun Fleksibel

3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran akaun Fleksibel

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Julai– Seramai 3.8 juta atau 29.3 peratus daripada jumlah 13.1 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM12.6 bilion.

Manakala RM5.6 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan setakat 19 Julai lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pindahan ke Akaun Persaraan itu berimpak kepada peningkatan simpanan ahli iaitu penambahan seramai 43,000 ahli baharu yang telah mencapai simpanan asas.

\”Seramai 3.4 juta ahli atau 26.2% daripada jumlah 13.1 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel yang melibatkan jumlah sebanyak RM8.9 bilion.

\”Pengeluaran daripada Akaun Fleksibel tidak memberi kesan yang ketara kepada KWSP kerana jangkaan jumlah pengeluaran oleh ahli adalah dalam lingkungan Alokasi tunai dan pasaran wang KWSP\”, katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian.

Dewan turut diberitahu, di bawah Alokasi Aset Strategik (SAA) semasa, KWSP telah mengalokasikan pelaburan instrumen tunai dan pasaran wang antara 2 hingga 6% daripada jumlah Aset pelaburan KWSP.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...