Home Nasional 2.14 juta individu menikmati pelepasan cukai insurans nyawa – MOF
Nasional

2.14 juta individu menikmati pelepasan cukai insurans nyawa – MOF

2.14 juta individu menikmati pelepasan cukai insurans nyawa – MOF

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Bilangan pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans nyawa secara purata adalah seramai 2.14 juta setahun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Menurut beliau, potongan itu untuk tempoh lima tahun mulai tahun taksiran 2019 sehingga 2023 yang memberi penjimatan bayaran cukai sebanyak RM635 juta setahun.

\”Purata pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans pendidikan dan perubatan untuk tempoh yang sama ialah dua juta setahun, dengan memberi penjimatan cukai berjumlah RM611 juta setahun,\” katanya di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Senator Dautk Seri Zurainah Musa.

Zurainah bertanya mengenai jumlah individu yang telah menikmati potongan cukai bagi insurans perubatan dan nyawa dalam tempoh lima tahun lepas.

Katanya, pelepasan cukai bagi insurans nyawa dan perubatan yang telah disediakan dapat menggalakkan individu untuk memiliki insurans perubatan bagi menampung sebahagian daripada kos perubatan yang ditanggung.

Tambah beliau, melalui Belanjawan Madani tahun lalu, kerajaan telah menaikkan had pelepasan cukai individu ke atas perbelanjaan rawatan perubatan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

\”Kenaikan ini adalah mengambil kira kos perubatan yang meningkat dari semasa ke semasa.

\”Sehubungan itu, layanan pelepasan cukai sedia ada pada masa ini dilihat memadai bagi membantu meringankan beban pembayar cukai yang membuat bayaran premium insurans nyawa atau caruman takaful atas polisi insurans nyawa dan juga atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan.

\”Namun, Kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menambah baik layanan percukaian sedia ada dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan dan persekitaran ekonomi,\” katanya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...